Linda Azirah Jebih Dinobatkan Juara Sugandoi Kaamatan Daerah Kota Marudu 2025
Kota Marudu, 14 Mei 2025 – Dewan Komuniti Kota Marudu bergema dengan sorakan dan tepukan gemuruh apabila Linda Azirah diumumkan sebagai Juara Sugandoi Kaamatan Peringkat Daerah Kota Marudu 2025. Gadis berbakat besar yang telah memikat hati juri dan penonton dengan persembahan vokal yang penuh emosi dan bertenaga.
Kemenangan Linda Azirah secara automatik melayakkannya untuk mewakili Kota Marudu ke peringkat bahagian, dan seterusnya ke pertandingan akhir Sugandoi Kaamatan Negeri Sabah yang akan berlangsung di Hongkod Koisaan KDCA, Penampang, pada hujung bulan Mei 2025 ini.
Keputusan Rasmi Sugandoi Kaamatan Kota Marudu 2025:
Juara : 𝐋𝐢𝐧𝐝𝐚 𝐀𝐳𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐉𝐞𝐛𝐢𝐡
Naib Juara : Martinez Virgina Catalina Masangong
Tempat Ke - 3 : Jeremy Aames James
Vokal Terbaik : Linda Azirah Jebih
Persembahan Terbaik : Martinez Virgina Catalina Masangong
Sugandoi Harapan : Jeremy Aames James
Sumber : Facebook Sugandoi Kaamatan & Pejabat Daerah Kota Marudu
Kejayaan Linda Azirah adalah bukti bahawa seni dan budaya tradisional masih segar dalam jiwa generasi baharu. Semoga pencapaiannya memberi inspirasi kepada anak muda lain untuk terus mengangkat dan memartabatkan seni warisan bangsa.
Comments
Post a Comment